Monday, January 26, 2009

THYROID

Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon.

Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid

Antara orang-orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah:

  • Perempuan

  • Genetik (keturunan)

  • Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain

  • Usia lebih 60 tahun

  • Merokok

Jenis penyakit thyroid

Ada dua jenis sakit thyroid yang utama:

  • Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis

  • Hypothyroidism

Hyperthyroidism / thyrotoxicosis

Dalam kes ini hormon thyroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan thyroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel thyroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan

  • Thyroiditis (thyroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri

  • Toxic nodule goitre

  • Terlalu banyak iodine di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism

  • Bengkak di leher

  • Cirit birit

  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar

  • Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang

  • Kesuburan turun

  • Konsentrasi kurang

  • Kulit lembap

  • Lemah

  • Mata menjadi besar (bulging)

  • Mood yang tidak menentu

  • Muscle cramp

  • Nervous dan gelisah

  • Oesteoporosis (kereputan tulang)

  • Pengeluaran peluh banyak / bertambah

  • Rambut tidak kuat

  • Suhu badan naik

  • Sukar bernafas

  • Sukar tidur

  • Tak tahan panas

  • Tekanan darah naik

  • Tremor (menggeletar)

  • Turun berat badan walaupun selera naik

Rawatan

Ubat

  • Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar, mengawal tekanan dan mengawal rasa gelisah

  • Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hyperthyroidism

  • Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman

Radioaktif iodine

Membuang tisu sel thyroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypothyroidism (sila lihat di bawah) dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat mereka.

Pembedahan

Sebahagian thyroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan kepada kanak-kanak dan orang yang mengandung.

Pemakanan

  • Ambil lebih brokoli, cabbage, cauliflower, soya, kekacang

  • Ambil Calsium dan Magensium untuk membantu proses metabolisma yang betul (ingat penyakit thyroid ialah penyakit yang berkaitan dengan metabolisma)

  • Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, gula, kaffein dan alkohol

  • Pengambilan herba juga boleh diamalkan. Ia lebih bergantung kepada merawat tanda-tanda seperti passionflower (untuk membantu merawat kegelisahan, kunyit dan ginkgo biloba (menambahkan konsentrasi)

Hypothyroidism

Hormon thyroid (T3 dan T4) rendah. Antara penyebabnya ialah:

  • Chronic autoimmune thyroiditis - inflammation dan damage to thyroid tissue

  • Kurang iodine dalam pemakanan

  • Radiasi

  • Rawatan radioaktif iodine

  • Thyroid gland dibuang

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism

  • Badan rasa lemah

  • Daya ingatan menurun

  • Hilang deria rasa dan bau

  • Kadar pengepaman jantung perlahan

  • Kulit jadi kuning - lesu, pucat

  • Kulit kering

  • Masalah kesuburan

  • Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi)

  • Muscle cramp dan bengkak

  • Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)

  • Pendarahan haid banyak (heavy period)

  • Percakapan lambat

  • Pertambahan berat badan

  • Rambut gugur

  • Rasa mengantuk

  • Rendah nafsu seks

  • Sakit kepala

  • Sembelit

  • Suara menjadi serak

  • Tak tahan sejuk

Rawatan

  • Ubat thyroxine (Jenama original Oroxine) diberi sekali sehari

  • Ambil lebih iodine dalam makanan (makanan laut dsb.)

  • Pengambilan herba untuk merawat tanda-tanda seperti horsetail, alfalfa dan gotu kola

No comments: