Wednesday, December 3, 2008

Apakah Itu Kurap?

Trichophyton sp.
Trichophyton sp.
Epidemophyton sp.
Epidemophyton sp.

Contents


KULAT

Stuktur Kulat
Stuktur Kulat
Stuktur Bakteria
Stuktur Bakteria

Kulat atau 'fungi' ialah tumbuhan yang tidak berbunga, daun dan klorofil. Kulat dan bakteria mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Perbezaannya boleh dilihat dari segi nukleus, sitoplasma, membran sel, kandungan dinding sel dan lain-lain. Sebenarnya terdapat empat kategori penyakit melibatkan kulat iaitu cutaneous, subcutaneous, sistemik dan opportunistik. Penyakit yang selalu dikaitkan dengan kulat ialah kurap iaitu di bawah ketogori cutaneous. Penyakit kurap atau juga dikenali sebagai Dermatophytoses adalah sejenis penyakit yang mudah dijankiti sekiranya kurang menjaga kebersihan.Ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat Microsporum sp., Trichophyton sp. atau Epidermophyton sp.. Penyakit ini boleh berada di kepala, badan, muka, celah paha,kaki, kuku dan tangan.


PERBEZAAN ANTARA KULAT DAN BAKTERIA

CIRI KULAT BAKTERIA
nukleus eukaryotik prokaryotik
Sitoplasma wujud mitokondria dan retikulum endoplasma tidak wujud mitokondria dan retikulum endoplasma
Membran sel ada sterol tiada sterol (kecuali Mycoplasma
Kandungan dinding sel chitinpeptidoglican
Spora seksual dan aseksualspora untuk pembiakan endospora untuk kemandirian spesis
Metabilisma memerlukan karbon organik kebanyakannya tidak memerlukan karbon organik


KURAP DI KEPALA

Penyakit ini dijangkiti oleh genus kulat Microsporum sp. dan Trichophyton sp. sahaja. Penyakit ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berusia terutama 2-10 tahun. Dimana kanak-kanak lelaki didapati melebihi lima kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan. Penyakit ini jarang berlaku kepada bayi bisebabkan tingginya aras asid lemak yang terdapat dalam tubuh bayi. Asid lemak ini bertindak sebagai anti penyuburan kulat.

GAMBARAN KLINIKAL

Lesi kulat di bahagian kepala pada mulanya bercirikan rambut yang putus dan pendek seta batang rambutnya pecah. Panjang lesi ini lebih kurang 1mm-3mm dari permukaan kulit kepala dan kelihatan tompok hampir botak di bahagian yang terlibat. Tompok ini bergaris pusat 1cm-6cm dan berbentuk bulat atau lonjong. Bilangan tompok biasanya lebih daripada satu.


KURAP DI BADAN

Kurap di badan
Kurap di badan


Kulat yang terlibat dengan kurap di badan ialah Trichophyton rubrum atau Microsporum canisTrichophyton verrucosum dapat diperolehi daripada binatang ternakan. Pada kebiasaan kurap di badan tertumpu pada sebelah badan sahaja, iaitu taburan dikatakan asimetri.
daripada haiwan peliharaan. Manakala

GAMBARAN KLINIKAL

Lesinya jelas dan nyata, berbentuk bulat, berkeruping, kemerah-merahan dan mempunyai tepi yang aktif dan menaik sedikit dari tengah. Dalam keadaan biasa, kurap ini mudah dikenalpasti.


KURAP DI CELAH PAHA

Penyakit kurap ini disebabkan oleh sepsis daripada Trichophyton rubrum, Trichophyton mentagrophytes dan Epidermophyton floccosum. Kurap ini mudah subur dan membiak dalam keadaan cuaca panas dan lembap. Penyakit ini kebiasaannya berjangkit pada mereka yang gemuk, yang suka memakai pakaian yang ketat dan pakaian lembap. Penyakit kurap ini terdapat di pelipatan kulit di celah paha, pangkal paha, punggung dan kalau dibiarkan akan merebak ke bahagian abdomen. Biasanya berlaku dikalangan remaja dan orang dewasa.

GAMBARAN KLINIKAL

Lesinya jelas dan nyata, berbentuk bulat, kemerah-merahan dan berkerumping. Kadangkala lesinya menebal yang menunjukkan bahawa ia telah begitu kronik. Taburannya semetri.


KURAP DI MUKA

Kurap di muka
Kurap di muka


Kurap ini didapati di kalangan kanak-kanak. Lesinya merah, berkeruping dan kadang-kadang mempunyai bentuk taburan rama-rama. Sepsis kulat yang menyebabkan kulat ini ialah Microsporum canis (daripada binatang peliharaan) dan Trichophyton verrucosum (daripada binatang ternakan).


KURAP DI KAKI

Penyakit ini dikenali sebagai 'athlete’s foot'. Kurap ini disebabkan oleh sepsis yang sama dengan dengan kurap di celah paha. Kurap di kaki jarang berlaku kepada kanak-kanak disebabkan kanak-kanak kurang berpeluh dan tahap hormon yang berbeza dengan orang dewasa.

GAMBARAN KLINIKAL

Ada tiga jenis klinikal kurap di kaki, iaitu :

  • Jenis di celah kaki, terutamanya di bahagian celah kaki di antara jari kaki keempat dan kelima. Keadaan kulit di bahagian ini lembap, merekah, merah dan mengeluarkan bau yang busuk.
  • Jenis bervesikel (biji-biji halus berisi air). Ia bermula di bahagian sebelah jari atau tapak kaki, mempunyai sifat bernanah dan berair. Kemudian biji-bii pecah menyebabkan kulit kering dan berkeruping.
  • Jenis hiperkeratotik, iaitu kulit yang terlibat menjadi keras, tebal dan berkeruping. Lazimnya terdapat di bahagian tapak kaki. Namun begitu, kerupingnya halus dan jalur-jalur kulit kelihatan jelas dan nyata apabial berlaku di bahagian atas kaki (dorsum). Jenis ini berlarutan dan berpanjangan.


KURAP DI TANGAN

Kurap di tangan
Kurap di tangan

Pada biasanya, kurap ini disebabkan oleh sepsis kulat yang sama terlibat dengan kulat di kaki iaitu Trichophyton rubrum, Trichophyton mentagrophytes dan Epidermophyton floccoum. Kurap di bahagian ini jarang berlaku dikalangan kanak-kanak.

GAMBARAN KLINIKAL

Berbentuk tompok leper dan bulat bervesikel dan berkeruping halus. Kebiasaannya kurap di tangan akan bersifat papul (bintik) merah dan bertompok berkeruping di belakang tangan atas pergelangan tangan. Sesetengah pesakit akan menunjukkan kulit berkeruping tebal dan kemerah-merahan yang tertumpu pada tapak tangan dan biasanya sebelah tangan sahaja terlibat.


ANALISIS MAKMAL

kultur kulat dengan menggunakan Agar Sabouraund
kultur kulat dengan menggunakan Agar Sabouraund

Untuk menenalpasti jenis agen penyebab jangkitan yang disebabkan oleh kulat adalah seperti pemeriksaan mikroscop melalui spesimen yang diperolehi. Untuk penyakit kurap, specimen yang diperoleh ialah kulit di bahagian jangkitan. Kulit yang mengandungi jangkitan direndamkan bersama penyediaan kalium hidroksida,KOH beberapa minit sebelum diperiksa diperiksa di bawah mikroskop cahaya. Penggunaan lampu ultraungu (wood’s light) juga boleh digunakan. Kewujudan stuktur kulat iaitu spora, Haifa atau yis mengesahkan penyakit kulat. Selain itu, kultur dengan menggunakan Agar Sabouraund juga digunakan dalan mengnalpasti jenis kulat. Jenis kultur ini digunakan kerana ia boleh menghalang bakteria daripada membiak dan juga membantu untuk penglihatan pembesaran kulat secara perlahan.(M FEKRI)

1 comment:

armouris said...

info tentang kulat kuku kat sini - Nail Fungus